Tip ‘Terhebat’ Berniaga di Internet
- Saturday, January 30, 2010, 9:22
- Berita Harian
- 166 views
- Add a comment
SEBAGAI pembaharuan buat tahun ini, setiap hujung bulan, ruangan Tip Bisnes Internet akan memperkenalkan sumber-sumber maklumat yang akan membolehkan anda mencapai impian anda berniaga di Internet.
Dan buat bulan ini, anda berpeluang mendapatkan 15 Tip ‘Terhebat’ Berniaga di Internet di dalam satu e-book.
Ketika saya memberikan bimbingan kepada usahawan Internet melalui program ‘coaching’, ramai yang menanyakan tentang cara-cara menubuhkan perniagaan di Internet tanpa mengeluarkan modal yang terlalu tinggi.
Mereka juga khuatir akan ilmu teknikal yang diperlukan untuk mengendalikan dan mengekalkan perniagaan di Internet buat jangka masa yang panjang.
Mujurlah, saya sendiri seorang usahawan yang lebih gemar menggunakan kaedah-kaedah perniagaan di Internet yang percuma ataupun murah!
Antara isu yang dibentangkan di dalam e-book Tip ‘Terhebat’ Berniaga di Internet ialah:
Penting memiliki alamat laman web sendiri dalam niaga di Internet,
- Cara pilih alamat laman niaga,
- Bagaimana memulakan perniagaan di Internet,
- Khidmat asas untuk berniaga di Internet, dan sebagainya.
Ditulis dalam bahasa Melayu, buku ini mendedahkan anda kepada strategi dan teknik berniaga di Internet dengan berkesan. Ramai usahawan yang telah mendapatkan dan menggunakan saranan-saranan yang dimuatkan di dalam e-book ini sepanjang tahun.
Kini, 15 tip telah dikumpulkan dan disertakan di dalam satu e-book yang boleh anda rujuk pada bila-bila masa sahaja. Anda tidak perlu menunggu sehingga 12 bulan untuk mendapatkan kesemua rahsia kejayaan perniagaan di Internet.
Selain daripada memberikan jawapan kepada kemusykilan, mengongsi strategi dan menyaran kaedah sesuai, Tip ‘Terhebat’ Berniaga di Internet juga memberikan anda motivasi dalam menangani cabaran yang mungkin anda lalui apabila memulakan perniagaan anda di Internet.
Antara topik yang paling menarik ialah:
- Cara bijak menggunakan e-mel untuk pemasaran,
- Jawab e-mel dengan fikiran,
- Jangan ikut perasaan, dan
- Jadikan laman sosial ’senjata’ pemasaran anda.
Jika ditimbang nilai kandungan e-book ini, dengan yakin saya katakan ia boleh menjangkau harga lebih daripada $50.00. Namun sebagai ‘Coach’ Perniagaan Internet Melayu Pertama di Singapura, saya rasa wajib bagi saya menghasilkan e-book ini dan menyebarkannya kepada anda dan seberapa ramai kenalan anda untuk mendapat manfaat daripadanya.
Anda boleh mendapatkan e-book tersebut melalui laman www.tipbisnesinternet.com pada harga yang jauh lebih rendah!
Bukan itu sahaja. Saya mahukan anda sendiri menjana pendapatan dengan meminta teman-teman anda agar mendapatkan e-book ini. Anda berpeluang menerima komisen 50 peratus!
Jangan lepaskan peluang ini dan jangan ketinggalan. Dapatkan Tip ‘Terhebat’ Berniaga di Internet sekarang juga (selagi stok masih ada)!
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!



