SARANAN BENTUK DANA BANTU PENIAGA MELAYU
- Monday, January 19, 2009, 13:15
- Latest News
- 368 views
- 1 comment
Khusus untuk peniaga bervisi dan berpotensi

Oleh
Norhaiza Hashim
PARA peniaga Melayu/Islam yang berjaya boleh bergabung untuk membentuk sebuah dana bernilai sekurang-kurangnya $500,000 bagi membiayai syarikat Melayu/Islam yang berpotensi.
Saranan itu dibuat oleh Penasihat Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), yang juga Pengerusi Bersama Rangkaian Pekerjaan Forum Pemimpin Masyarakat (CLF), Dr Ahmad Magad, di satu sesi dialog bersama para peniaga Melayu/Islam anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan (EDC)di DPPMS (EDC@SMCCI) dan Rangkaian Pekerjaan CLF.
Dana itu diharap dapat membantu syarikat berpotensi yang sukar mendapat dana dalam krisis kewangan ketika ini agar dapat terus memajukan perniagaan mereka.
Dalam sesi dialog bertajuk Tsunami Kewangan: Bagaimana syarikat mikro dan syarikat kecil dan sederhana (MSME) dapat bersedia dan menjadikan kedudukan mereka lebih baik dalam krisis ini, Dr Ahmad, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, berkata dana swasta itu boleh diuruskan secara profesional oleh dewan atau jawatankuasa pengurusan bagi dipinjamkan kepada para peniaga yang menunjukkan potensi besar untuk maju.
‘Untuk membantu perniagaan mikro, saya sarankan para peniaga Melayu/Islam yang berjaya mengumpulkan modal dan gabungkan menjadi dana yang diuruskan secara profesional untuk dipinjamkan kepada syarikat berpotensi.
‘Tentu sekali tidak semua peniaga yang harus dibantu. Peniaga yang tidak menunjukkan minat membantu diri mereka sendiri tidak wajar mendapat bantuan. Peniaga yang menunjukkan keusahawanan dan potensi tinggi boleh mendapatkan pinjaman ini,’ kata Dr Ahmad.
Peniaga yang mendapatkan pinjaman itu harus mempunyai pelan perniagaan yang jelas dan tahu hala tuju perniagaan itu.
Ketika mengulas saranan itu, Presiden DPPMS dan juga Pengarah Urusan Prestige Marine Services, Dato’ Zain Abdullah, berkata saranan itu pernah diutarakan beberapa tahun lalu.
Malah beliau telah mendapatkan sekitar enam peniaga untuk sama-sama mengeluarkan modal swasta bagi membantu peniaga Melayu/Islam tetapi usaha itu tidak diteruskan.
Pemilik firma runding cara teknologi maklumat (IT) Ed Borhan, Encik Shaheed Borhan, berkata saranan itu memang elok dilaksanakan.
‘Selain modal, peniaga berpotensi juga memerlukan bantuan peniaga mapan dalam perkongsian sumber yang lain seperti sumber jaringan, pemasaran dan kepakaran lain,’ katanya.
Dr Ahmad menyarankan demikian ketika diajukan soalan sama ada pemerintah boleh menimbangkan bantuan khusus bagi para peniaga Melayu/Islam yang sebahagian besar mempunyai perniagaan yang amat mikro.
Walaupun pemerintah bersifat terbuka dalam memberi bantuan khusus, beliau berkata pemerintah juga harus peka terhadap pandangan masyarakat lain yang tidak mendapat bantuan itu.
About the Author
One Comment on “SARANAN BENTUK DANA BANTU PENIAGA MELAYU”
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!



I wish to come in the day time…to attend the workshop.It’s because my hubby is quite upset when I’m not at home at night. what happen if I invite my friends and relatives to join this workshop?