Comments 08

Hi Shaheed,

I want to know if we do a business via Internet, do we need to register our business with ACRA?

Which are the hosting sites that can provide hosting, domain name and with web page design for business?

Appreciate your answer to the above questions.

By Mohamed on   17 April 2008 10:28

Hi Mohamed,

Thank you for your enquiry.

It is not compulsory to register with ACRA, but recommended. There may be some online services that require you to be a registered company before you can subscribe to them, otherwise your access to their functions may be limited.

I highly recommend that you subscribe to my email alerts. Through the email alerts, I disclose more details on Internet Business and provide links to additional resources. Plus, you will be informed in advanced about the next article that I will be posting.

Sign up now while it is free!

PS: You do not want to miss my article in the coming week. It contains specific answers to your questions raised in this email.

By Nur Shaheed on   17 April 2008 10:31

Hi Nur Shaheed

Saya di sini ingin bertanya tentang bagaimana ingin membuka laman web, kos ingin membuka laman web dan harus berjumpa dengan siapa tentang hal ini?

Sekian Terima Kasih

By Rohayah Bte Yussof on   19 April 2008 15:12

Hi Rohayah,

Terdapat pelbagai cara memulakan laman web anda. Anda harus terlebih dahulu pilih fungsi laman web anda itu mengikut “model” perniagaan anda.

Dari segi kos, sekurang-kurangnya anda patut belanjakan wang untuk membeli alamat laman web anda. Ikuti perkembangan di laman web TBI di mana saya ada menerbitkan satu video demonstrasi membeli “domain name”.

Kos lain yang mungkin anda ingin sediakan termasuk kos “hosting”, khidmat rekaan laman web anda dan khidmat untuk menerima wang menerusi laman web anda. Ini boleh menelan belanja lebih kurang S$1,500.00.

Saya ingin mengongsi lebih banyak maklumat mengenai perniagaan Internet. Mungkin anda boleh membantu saya pula dengan mengundang 4 hingga 9 lagi teman-teman anda untuk satu sesi berkumpulan.

By Nur Shaheed on   21 April 2008 22:29

Assalamualaikum…….

Saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa mempunyai seorang baby yang berusia 17 bulan, saya berminat untuk berniaga melalui internet.

Soalan saya : Bagaimana saya memulakannya? Terima kasih.

By Najwa on   28 April 2008 19:39

Salam Najwa,

Terima kasih kerana mengirimkan soalan anda.

Untuk memulakan perniagaan (bukan saja di Internet) yang berjaya, anda harus punya 3 ciri penting:

  1. Ilmu
  2. Minat
  3. 3. Pasaran

Semak semula ilmu dan pengalaman yang telah anda perolehi hingga ke hari ini. Kemudian fikirkan satu bidang yang amat anda minati. Seringkali, anda akan mempelajari sesuatu bidang dengan lebih mudah dan semulajadi jika anda mempunyai minat yang mendalam. Minat jugalah yang akan memberi anda dorongan untuk menjayakan usaha anda.

Setelah anda berjaya menggabungkan ilmu dan minat yang sesuai bagi diri anda, anda hanya perlu mengenalpasti pasaran yang akan memerlukan khidmat yang anda tawarkan.

Soalan anda amat menarik dan akan saya lanjutkan dalam terbitan saya minggu hadapan.

By Nur Shaheed on   30 April 2008 12:08

Saya masih baru dlm bidang peniagaan melalui diinternet lelaman mana saya boleh daftar dan pasarkan khidmat yg saya ada?

By wati on   25 Jun 2008 11:57

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang iklan-iklan di akhbar yang menawarkan pekerjaan sambilan untuk bekerja di rumah dengan menggunakan komputer. Contoh-contoh pekerjaan itu adalah seperti “data entry”,”mail order” dan sebagainya dan ada yang mengenakan bayaran pendaftaran sekali sahaja.

Soalan saya adalah bolehkah kita mempercayai tawaran kerja seperti itu?

By Abdul Rahim on   11 Mei 2008 1:27

Salam Rahim,

Terus terang, saya sendiri tidak pernah mencuba peluang seperti yang telah anda sebutkan.

Namun, melalui pengalaman, ‘data-entry’ adalah satu pekerjaan yang amat membosankan. Malah, saya rasa, kalau ada peluang untuk meraih sedikit keuntungan melalui ‘data-enty’, seseorang itu harus menghabiskan masa yang panjang. Ini bukanlah satu pilihan yang bijak.

Bagi tawaran yang mengenakan bayaran pendaftaran, mungkin anda harus mengkaji dengan lebih mendalam tentang bayaran itu. Anda boleh menganggap bayaran itu sebagai pelaburan atau modal. Apakah kelebihan setelah membuat bayaran pendaftaran?

Yang lebih penting, bolehkah anda dapatkan balik modal anda itu? Anda boleh bertanya dengan syarikat yang menawarkan peluang itu. Sebaik mungkin, dapatkan jaminan dan sokongan dari syarikat itu untuk memastikan anda tidak rugi! Pastikan sama ada anda bersedia atau layak untuk menceburi peluang yang ditawarkan.

Walaupun saya kurang berminat untuk mencuba peluang-peluang sebegini, saya tidak nafikan ada yang berjaya meraih keuntungan. Jadi, anda harus pilih peluang yang paling sesuai buat diri anda sendiri.

Terdapat pula banyak perniagaan Internet yang boleh dimulakan tanpa sebarang wang pendahuluan, modal atau pelaburan. Ikuti terbitan TBI di Berita Harian untuk dapatkan keterangan lanjut. Semoga anda berjaya dalam perniagaan anda!

By Nur Shaheed on   12 Mei 2008 13:56

  1. diantara 6 syarikat yang mengedalikan alamat laman web manakah yang boleh recommend kan kepada saya sebagai pemula dalam perniagaan ini.
  2. dalam menjalankan perniagaan via internet perlukan kita mempunyai stock barang yang banyak.

By Najwa on   18 Mei 2008 13:25

Salam Najwa,

Jika anda ingin daftar alamat “.com”, saya sarankan www.name.com. Manakala untuk “.com.sg” pula, saya sarankan www.ipmirror.com.

Dari segi stok barang jualan, anda harus bijak mengimbang mengikut permintaan pelanggan anda. Yang penting, anda menepati janji anda pada pelanggan untuk menghantarkan kiriman mereka pada tarikh yang telah disetujui.

By Nur Shaheed on   18 Mei 2008 13:26

  1. Dimana kita boleh dapat di internet cara membuat website sendiri dan percuma
  2. Dimana kita boleh dapat di internet untuk memasarkan halaman web kita dan percuma

By Joseph Abaraham on   18 Mei 2008 13:27

Anda boleh cuba www.10gbfreehost.com untuk membuat laman web anda dengan percuma.

Dan untuk memasarkan laman web anda, anda boleh gunakan forum yang berkaitan dan juga senaraikan laman web anda di jentera pencari seperti google.com dan yahoo.com.

Anda juga boleh ikuti terbitan TBI minggu hadapan untuk mengetahui cara-cara memulakan laman web secara percuma!

By Nur Shaheed on   18 Mei 2008 13:31

Apakah itu ebook dan bagaimana cara nya untuk alihkan(convert) contohnya karangan saya.Saya ada membina blog dan juga ada paypal tetapi tidak ada barangan utk berniaga maka itu saya cuba cara berniaga informasi saja.

By Tokrid1 on   06 Julai 2008 9:56

Terima kasih atas jawapan lalu.

Sekiranya kita telah mempunyai laman web sendiri, apa saja product, servis.
Sekiranya ada yg berminat kpd apa saja produk, servis kita,

  1. Bagaimana caranya pelanggan boleh membayarnya, sekiranya ada bayaran, sekiranya kita tidak mempunyai apajua kad kredit? Bayaran yang dijamin keselamatannya.
  2. Bagaimana caranya bagi kita membayar apajua khidmat/sevis yg kita inginkan di laman web internet, sekiranya kita tidak mempunyai apa jua kad kredit?

By Joseph Abraham on   01 Jun 2008 14:03

Hi Joseph,

Anda boleh terima bayaran melalui Internet dengan menggunakan khidmat Paypal (www.paypal.com).

Anda juga boleh membuat bayaran melalui Internet dengan menggunakan Paypal, sekiranya laman web yang anda ingin buat bayaran anda menyediakan kemudahan bayaran melalui Paypal.

By Nur Shaheed on   03 Jun 2008 14:25

saya sudah daftar kidmat web percuma yang disarankan iaitu www.10gbfreehost.com tetapi tak mengerti pulak macam mana nak upload atau design web tiu kerna tak seperti blog ia tidak memberi cara2 nya.terima kasih. Kalau sudi jegok2 blog say dan beri komen. http://tokwanseventh.blogspot.com

By tokrid1 on   09 Julai 2008 22:23

Hi,

All this internet business talk is just basically old wine in new bottle.

Its been around for ages.. Nothing so great about it. It shows that
Singaporean Malays ketingallan jauh dalam pengetahuan ini.
Seperti katak di bawah tempurung.

regards,
Ahmad Doe

By Ahmad Doe on   12 Oktober 2008 11:15

Hi Ahmad Doe,

It is great to receive your comment. You are definitely one of the more advanced Internet users and possibly successful Internet marketer.

Semestinya anda lebih berpengetahuan dan berpengalaman, bolehkah anda kongsi ilmu yang ada supaya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat Melayu yang lain yang masih di bawah tempurung itu? Apakah laman web anda di mana kita boleh sama-sama keluar dari tempurung ini?

“Never look down on a person, unless you are helping him up!” Cheers!

By Nur Shaheed on   12 Oktober 2008 11:33

Hi Ahmad Doe,

Bantulah kami yang ketinggalan dan janganlah hina kami yang hina dina. Macam mana masyarakat Melayu nak maju kalau bukan Melayu yang membantu ? …

By Ahmad Dol on   13 Oktober 2008 19:07

Hello Mr Ahmad Doe,

Not every Malays are backward and ignorant on internet business. Many of them already successful and migrate elsewhere. Those remain in Singapore do not expose of their achievements. You see them like already man on the street. But their earinings almost like those internet marketers such as Stone Evans “The Home Biz Guy”, Michael Chaney, Rachel Long and many many more. You will be surprised if you know them. They can hit 10K for one day. To those Malays who still in the process of learning, KEEP IT UP, you will be succesful entrepeneur one day but as a Muslim you have to believe that its all depend on the creator.

If Allah permit the cash will just flowing like water non stop. But if you can’t manage to generate any income from the internet then do not stress yourself. This internet business is not meant for you. Just take it as a hobby. But believe me hobby also can turn into cash. BE HAPPY AND GOOD LUCK.

By KING MAS on   08 November 2008 21:45

hi ahmad doe

hidup ni kalau kita komen je tak jadi,maka mana2 yang rasa diri hebat dan banyak pengetahuan

kena la kongsi bersama,baru la kita sama2 berjaya.

By cain on   08 Januari 2009 10:57

Salam kepada semua, pada pendapat saya mungkin encik ahmad pernah mengalami kejatuhan dot com pada tahun 90s. ikhlas saya katakan kejatuhan dot com telah banyak merubah pandangan saya terhadap internet, saya merasa amat serik untuk melabur nama di internet.

Malangnya tanpa saya sedari sepanjang 15 tahun ini saya telah kerugian pengatahuan tentang menjalankan bisnes di internet, sungguh banga saya mengatakan orang kita hari ini (generasi muda) telah banyak mencapai kemajuan dari segi teknologi maklumat, infocom dan multimedia.

Jadi tiada sebab kita diibaratkan sepert katak dibawah tempurung.
Kadangkala kita tidak dapat membendung perasaan apabila gagal dalam pelaburan…sukalulah.

By sukalulah on   24 November 2008 15:00

About the Author

Nur Shaheed has written 35 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!


Copyright © 2010 Tip Bisnes Internet. All rights reserved.
Managed by Ed Borhan.