10 idea bisnes Internet paling berjaya

Way To The Top

Way To The Top

TAHUN 2008, 2009 dan kini Tip Bisnes Internet telah membuka tirainya untuk tahun 2010!

Saya pasti anda telah melakar resolusi bagi tahun ini. Azam 2010 bagi TBI ialah untuk memastikan para pembaca TBI dapat memulakan perniagaan tahun ini.

Tapi, perniagaan apakah yang paling sesuai dan menjana hasil yang memuaskan? Dan bolehkah sesiapa sahaja berjaya dalam perniagaan Internet?

Pertama saya ingin ingatkan bahawa perniagaan Internet memerlukan usaha gigih dan kesabaran. Ia bukanlah sesuatu yang akan membuahkan hasil serta merta. Jadi, perniagaan Internet amat sesuai jika anda seorang yang tekun dan sanggup mendedikasikan tenaga dan masa anda untuk berjaya.

Kedua, jangan terburu-buru meletak jawatan dan terjun ke alam siber untuk mencari pendapatan tetap. Kebanyakan perniagaan Internet mengambil masa untuk ditubuhkan dengan betul, dan memerlukan lebih masa untuk menjana pendapatan yang memuaskan.

Perkara yang amat menarik tentang perniagaan Internet ialah kos permulaannya. Banyak perniagaan Internet dimulakan dengan kos kurang daripada $100. Khidmat asas yang diperlukan boleh dibayar secara bulanan dan kini lebih banyak sistem yang mempunyai fungsi asas perniagaan Internet boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma.

Bagi soalan tentang perniagaan Internet yang paling berjaya, mari kita bincangkan 10 jenis perniagaan yang mencapai jutaan dolar yang dihasilkan serata dunia, termasuk di Singapura!

1. Pemasaran ‘Affiliate’

Pemasaran ‘affiliate’ ialah sejenis perniagaan dengan anda memasarkan produk atau khidmat yang ditawarkan oleh syarikat lain. Apabila anda berjaya mendapatkan pelanggan untuk syarikat tersebut, anda akan dibayar komisen. Untuk menjadi seorang ‘affiliate’ yang berjaya, anda perlu mempunyai kemahiran dalam ‘copywriting’ untuk pemasaran di Internet.

2. Pemasaran Melalui Blog

Zaman ini, hampir setiap individu mempunyai blognya sendiri tempat beliau menulis rencana, jurnal dan reviu. Blog mempunyai daya tarikan yang baik kerana kandungan seringkali ditulis dengan penuh personaliti. Blog juga boleh menjadi ruang iklan dan rangkaian ‘affiliate’. Untuk menjayakan pemasaran melalui blog, anda perlu kemahiran dalam ‘copywriting’, rangkaian sosial, pemasaran ‘affiliate’ dan pemasaran Internet.

3. Jualan Melalui eBay dan Lelong

Teknologi Internet bukan sahaja membolehkan anda mendapat maklumat terkini tentang pelbagai perkara. Ia juga membolehkan anda melakukan suatu perniagaan yang mungkin anda rasa kurang ‘glamor’ dengan penuh gaya! Laman seperti eBay dan Amazon Auctions memberi anda peluang menjual semula barangan lama yang tidak diperlukan lagi. Ramai pengguna laman eBay kini bukan sahaja menjual barangan lama milik mereka, malah mereka mencari barangan milik orang lain untuk dijual di Internet.

Kini, sedar atau tidak, ramai mahu jadi karang guni siber! Tapi karang guni ini pun ada kemahiran tertentu, seperti perdagangan, ‘copywriting’ dan khidmat pelanggan yang baik.

Masih ada tujuh lagi perniagaan yang boleh anda cuba buat tahun ini. Dan anda boleh saksi rakaman video di laman www.tipbisnesinternet.com untuk perbincangan selanjutnya.

Tambahan lagi, video tersebut akan memberi anda maklumat tentang dua model perniagaan Internet yang terbukti menjana hasil terbaik. Jadi lungsuri laman TBI sekarang juga!

Jangan lupa, anda juga boleh hantarkan kemusykilan anda tentang perniagaan Internet kepada shaheed@tipbisnesinternet.com.

Dapatkan huraian dan saranan terbaik daripada pakar perniagaan Internet Melayu di Singapura!

About the Author

Nur Shaheed has written 35 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!


Copyright © 2010 Tip Bisnes Internet. All rights reserved.
Managed by Ed Borhan.